Wednesday, October 19, 2016

.pendakian bukit temoh.

assalamualaikum,

mendaki lagi kita!
pada 7 oktober yang lepas,
sempena hari sukan negara pada keesokkan harinya,
PDRM tapah dengan kerjasama
kementerian belia & sukan
menganjurkan
program mendaki bukit temoh.

.setelah selesai, ada cabutan bertuah.

program terbuka kepada mana-mana agensi yang berminat.
pejabat kami menghantar 12 penyertaan.
ada juga wakil dari UITM, KKTM, JPAM,
hospital, JKM, bomba dan orang awam.
semasa cabutan bertuah, abang-abang JPAM banyak dapat.
bertuah benor deme.
pejabat kami takde bertuah pun haha.

tapi kami menang 2 spots
dalam pertandingan 10 terpantas kategori perempuan sampai ke puncak.
masa pendakian tempat pertama perempuan ialah 15 minit.
dimenangi orang awam warga amerika.

masa pendakian bagi lelaki pertama yang sampai ke puncak
dalam pertandingan 10 terpantas kategori lelaki
ialah 10 minit.
memang deme lari je naik atas.
hebat hebat.

.sebelum mendaki mesti panaskan badan.

memang buat sungguh-sungguh waktu ni.
alhamdulillah esok esoknya takde sakit atau sengal kaki
kesan dari mendaki bukit 1700+ft ni.
bukit temoh ni tak tinggi sangat dan
dari bawah hingga puncak semua jalan tar
tetapi sangat curam.
semput jugak mula-mula tu.

cuba teka kume ambil masa berapa minit ke puncak.

.atas: pemandangan selepas menuruni bukit pertama,
bawah: hampir ke puncak.

see?
semua jalan berturap.
kiri cerunam bukit,
kanan hutan dan ladang kelapa sawit.
jalan-jalan tar ini kekadang
dihiasi baja dari lembu-lembu
yang mungkin berkeliaran di petang hari sebelumnya.

.kiri: bukit pertama, kanan: view puncak.


bukit temoh ni ada 2 bukit sebelum sampai ke puncak.
bukit pertama sangat curam.
bukit kedua lebih landai tetapi masih memenatkan.

dan namanya je bukit temoh
tetapi bukan berada di temoh.
bukit ni di tapah sahaja.
entrance nak ke kaki bukit ialah
masuk ikut simpang sebelah gereja st mary.
go google map!

.rakan-rakan sekerja.

trail bukit temoh ni berturap sebab di puncak ada loji pembersihan air.
senang kenderaan nak akses untuk penyelengaraan.
geng lelaki pejabat memang dah berbasikal naik ke atas.
tak boleh bayangkan betapa penatnya
naik basikal nak ke puncak...
fuhhh...

semasa di puncak,
kami diberi pisang dan air minum.
bergambar kejap sambil menunggu seorang ahli
yang belum sampai.


.bergambar bersama juara tempat pertama & sembilan.


dah dapat teka ke berapa minit?


selamat mendaki &
majulah sukan untuk negara!
.
.
.
thank you for reading!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...