Wednesday, October 1, 2014

.tips persediaan rawatan kesuburan.

assalamualaikum!


isu kesuburan ni sangat taboo dalam masyarakat kita, kan? takut sangat nak bincang. bahaya sangat kalau terjadi pada keluarga. berani lawan ketentuan Allah swt? berani pula tentukan hala tuju perkahwinan insan lain?

ada banyak sebab kenapa seorang wanita tidak subur.
kalau rajin baca sini lebih lanjut.
secara ringkas, sebab-sebabnya ialah :
1) masalah hormon
2) ovari rosak
3) menopaus awal
4) masalah folikel

untuk lelaki pula sila baca di sini kalau berminat nak tahu.
secara ringkas, sebab-sebabnya ialah:
1) gaya hidup
2) masalah hormon
3) masalah fizikal
4) masalah psikologi

okay.
berikut adalah beberapa tips yang boleh dikongsi
melalui apa yang telah kami lalui
sebagai suami isteri
yang mendapatkan rawatan kesuburan.
tips-tips berkenaan tiada kena mengena dengan mana-mana pihak,
sekadar perkongsian untuk pasangan suami isteri
yang turut mahu menjalani rawatan kesuburan.



1)  datang awal sebelum 8.00 pagi untuk dapatkan tempat letak kereta yang baik.

2) turunkan si isteri dahulu di depan klinik untuk dia menjadi orang pertama yang meletakkan kad temujanji di bakul comel yang disediakan.

3) walaupun si isteri mungkin antara terawal meletakkan kad, jangan terlalu mengharap. fail maklumat rawatan anda mungkin hilang/misplaced jadi orang lain akan dilayan dahulu. sarcasm di situ.

4) sila bawa air mineral dan roti untuk sarapan kerana anda tidak tahu bila giliran anda akan dipanggil. mungkin 11.00 pagi. mungkin sebelah petang walaupun di kad temujanji tulis 9.00 pagi.

5) tolong jangan bawa nasi lemak atau lontong. nanti orang sebelah hidu bau makanan dan akan teringin nak makan jugak. sedap oooi.

6)  tak perlu bawa gajet elektronik untuk melayari internet kerana isyarat adalah sangat lemah. wi-fi pun sangat lemah.

7)  lebih afdal untuk bawa buku atau surat khabar untuk jadikan bahan bacaan.

8) jika perlu melakukan ujian imbasan, sila pastikan semua bahagian yang akan dipantau adalah dalam keadaan bersih dan kemas.

9)  jika melalui ujian hsg, pastikan anda memakai menstrual pad apabila telah selesai kerana cecair dye yang tertinggal akan mengalir keluar semula.

10) lengkapi diri dengan tahap kesabaran paling optimum kerana manusia hanya merancang, Allah swt yang menentukan.


mari doa agar kita diberikan
kekuatan fizikal, mental dan rohani
untuk menghadapi rawatan-rawatan ini.
biasalah up and down mesti ada jugak.
bersama-sama kita berusaha dan bertawakal!
ganbatte ne! ^__^

.
.
.
thank you for reading!

2 comments:

muhammad muzaffar Johar said...

1. ni applicable utk sume klinik/hospital ke? sila nyatakan untuk hospital mana

2. untuk point no 5, kalo bawak KFC adil tak?

3. Amin.

syitah said...

1. yes. mana-mana fasiliti kerajaan semua kena datang awal untuk tujuan tersebut. maaf, xleh nyatakan. nanti ada pihak terasa hati haha.

2. apa kau ingat kfc xde bau? harap maklum, insan-insan yg mendapatkan rawatan perlu elak makan fast food.

3. terima kasih kerana mendoakan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...